Nuffnang

Aug 26, 2012

Ramadhan Yang Pergi


Assalamualaikum sahabat semua. Sekadar peringatan kepada yang terlupa.

Hampir seminggu Ramadhan telah berlalu meninggalkan kita. Adakah latihan dan tarbiah sepanjang Ramadhan yang telah kita lakukan dulu turut kita biarkan pergi bersama meningglkan kita? Adakah kita telah kembali kepada diri kita seperti sebelum Ramadhan? Dimanakah diri kita yang sentiasa menjaga diri dari berbuat maksiat sepanjang Ramadhan yang lalu? Seharusnya kita muhasabah diri kita ini supaya kita dapat teruskan amalan sebagaimana ketika bulan Ramadhan yang lepas. Justeru, marilah kita berusaha menjalankan ibadah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh walaupun Ramadhan tahun ini tiada lagi bersama kita.

Aug 3, 2012

Jumaat penghulu Segala Hari

Gambar Hiasan

Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:“Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani. “
 
(al-Bukhari)

Huraian
1. Islam menyerlahkan perbezaan yang begitu ketara dengan agama-agama lain agar umatnya tidak terkeliru seperti membezakan arah qiblat, kitab suci, hari raya, hari kebesaran dan sebagainya.
2. Islam menetapkan bahawa hari Jumaat adalah sebagai penghulu segala hari. Ini berbeza dengan Yahudi yang membesarkan hari Sabtu dan Kristian yang membesarkan hari Ahad.
3. Perbezaan-perbezaan yang ditetapkan oleh Islam ini hendaklah diamalkan dan dihayati secara praktikal oleh umat Islam kerana dengan cara ini akan menyerlahkan lagi jati diri setiap muslim serta menjauhkan mereka daripada terpengaruh dengan adat dan budaya yang cuba dibawa masuk oleh musuh Islam.
4. Kegagalan umat Islam dalam mempromosikan Islam terhadap masyarakat bukan Islam akan mengakibatkan umat Islam dipandang hina dan Islam dipandang sepi. Dengan itu umat Islam hendaklah berhati-hati agar tidak terikut dengan semua adat dan budaya orang-orang bukan Islam sehingga membawa kepada rosaknya aqidah dan terpadamnya garisan yang telah ditetapkan oleh syarak.
Sumber: JAKIM

May 17, 2010

Imam Al - Ghazali


Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al Ghazali ath-Thusi asy-Syafi'i (lahir 1058 di Thus, Propinsi Khurasan, Persia (Iran), wafat 1111, Thus) adalah seorang filosof dan teolog muslim Persia, yang dikenal sebagai Algazel di dunia Barat abad Pertengahan.

Riwayat Hidup Imam al-Ghazali dilahirkan pada tahun 450 Hijrah bersamaan dengan tahun 1058 Masehi di bandat Thus, Khurasan (Iran). Beliau berkun`yah Abu Hamid karena salah seorang anaknya bernama Hamid. Gelar beliau al-Ghazali ath-Thusi berkaitan dengan Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al Ghazali ath-Thusi asy-Syafi'i (lahir 1058 di Thus, Propinsi Khurasan, Persia (Iran), wafat 1111, Thus) adalah seorang filosof dan teolog muslim Persia, yang dikenal sebagai Algazel di dunia Barat abad Pertengahan.gelar ayahnya yang bekerja sebagai pemintal bulu kambing dan tempat kelahirannya yaitu Ghazalah di Bandar Thus, Khurasan. Sedangkan gelar asy-Syafi'i menunjukkan bahwa beliau bermazhab Syafi'i. Beliau berasal dari keluarga yang miskin. Ayahnya mempunyai cita-cita yang tinggi yaitu ingin anaknya menjadi orang alim dan saleh. Imam Al-Ghazali adalah seorang ulama, ahli pikir, ahli filsafat Islam yang terkemuka yang banyak memberi sumbangan bagi perkembangan kemajuan manusia. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Naib Kanselor di Madrasah Nizhamiyah, pusat pengajian tinggi di Baghdad. Imam Al-Ghazali meninggal dunia pada 4 Jumadil Akhir tahun 505 Hijriah bersamaan dengan tahun 1111 Masehi di Thus. Jenazahnya dikebumikan di tempat kelahirannya.

Karya terbesar Imam Al-Ghazali, iaitu Ihya’ Ulum Ad Din. Mari kita sejenak menghayati tokoh besar yang telah melahirkan hasil karya yang tersohor dan hingga kini ditatapi dan dikaji oleh umat Islam di sepanjang masa dan zaman.

Al-Ghazali merupakan seorang ahli teologi, falsafah, dan sufi besar dalam Islam. Beliau dilahirkan pada tahun 450H/1058M di kota Gazalah dekat Tus, Khurasan, bahagian utara Iran. Namanya dinisbahkan kepada tempat kelahirannya. Nama lengkapnya adalah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Tusi al-Ghazali. Di bidang keilmuan, pada mulanya beliau mendalami ilmu fiqh, kemudian mempelajari secara mendalam ilmu kalam dan ilmu falsafah. Setelah namanya harum sebagai seorang sarjana, pada tahun 1091 Al-Ghazali dilantik menjadi Guru Besar Undang-Undang oleh Nizam al-Mulk (1018-1092), perdana menteri Sultan Maliksyah (1072-1092) dari dinasti Seljuk, di Madrasah Nizamiyah di Baghdad. Beliau sempat mengajar di madrasah itu selama empat tahun dan pada zaman itulah beliau menulis karyanya Maqasid al-Falasifah dan Tahafut al-Falasifah.

Al-Ghazali dianggap sebagai pembela kebenaran Islam yang terbesar sehingga digelar Hujjatul Islam atau “pembela Islam”. Sehingga sekarang orang muslim tetap tekun membaca karyanya yang terbesar, Ihya’ Ulum Ad din (Menghidupkan Kembali Ilmu Agama).

Disebabkan kehidupannya ‘terganggu’ oleh krisis kepercayaan dan keraguan, pada tahun 1095 Al-Ghazali meninggalkan Baghdad dan mengembara dari suatu tempat ke suatu tempat. Pada mulanya beliau pergi ke Damsyik, kemudian ke Hebron dan Baitulmaqdis, kemudian ke Mekah dan Madinah. Beliau menjalani kehidupan zuhud dengan mengembara selama 10 tahun. Setelah itu beliau kembali ke Nisabur pada tahun 1106, menjadi tenaga pengajar di Madrasah Maimunah Nizamiyah. Tidak berapa lama kemudian, beliau meninggalkan Nisabur, pergi ke Tus dan mendirikan halaqah (sekolah calon sufi) di tempat kelahirannya ini. Beliau mengurus halaqah ini hingga akhir hayatnya.

Perjalanan intelektual dan spiritual dalam menemukan kedamaian batin serta mengikuti jalan sufi telah beliau abadikan menerusi autobiografinya yang berjudul al-Munqiz min ad-Dalal (Pembebas daripada Kesesatan).

Al-Ghazali dianggap paling berjasa dalam ‘mendamaikan’ antara tasawuf dengan syariat sehingga tasawuf dapat diterima oleh sebahagian besar umat Islam. Beliau juga berjasa mengembangkan serta menyebarkan aliran Asy’ariyah yang dianut oleh majoriti Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Al-Ghazali mengkritik pandangan dan penemuan para ahli falsafah dan akhirnya memilih tasawuf sebagai jalan menuju Tuhan. Dalam kritikannya terhadap para ahli falsafah menerusi karyanya Tahafut al Falasifah, beliau mengatakan bahawa ada tiga pendapat para ahli falsafah yang telah membawa mereka kepada kekufuran, iaitu bahawa alam ini adalah qadim, dalam erti tidak bermula dalam waktu; Tuhan tidak mengetahui bahagian sekecil-kecilnya dalam segala kejadian alam ini dan tidak ada kebangkitan jasmani pada hari kiamat.

Akhir sekali mari kita renungi sepotong ayat al-Quran dalam surah al-Mujaadalah ayat 11 yang bermaksud:

“Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”

Kronologi Imam Al-Ghazali

Al-Ghazali sepintas lalu:

1058 - Lahir di Gazalah dekat Tus, Khurasan, bahagian utara Iran

1077-1085 - Berguru kepada al-Juwani (m. 1085 M), ahli fiqh dan Guru Besar Madrasah Nizamiyah

1090-1094 - Belajar dan mendalami bidang falsafah

1091 - Mengajar di Madrasah Nizamiyah, Baghdad

1095 - Menghadapi ‘konflik batin’, krisis kepercayaan dan sakit

1095-1105 - Meninggalkan Baghdad, melakukan pengembaraan sipiritual dan menjalani hidup zuhud

1106 - Kembali ke Nisabur dan mengajar di Madrasah Maimunah Nizamiyah

1108 - Meninggalkan Nisabur dan mendirikan sekolah sufi di Tus

1111 - Meninggal dunia di Tus


sumber:halaqah.net

May 7, 2010

Islam Dihina Umat Merana

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 77 surah al-Qosas :

وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ ۖ وَلَا تَنْسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا ۖ وَأَحْسِنْ كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ ۖ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ

Maksudnya : “Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan “.

Kini kita berada di bulan Mei di mana pada bulan ini diadakan beberapa hari peringatan yang penting dalam kalendar masyarakat setempat mahu pun antarabangsa. Antaranya ialah Hari Pekerja yang disambut setiap 1 Mei bagi mengenang jasa para pekerja yang mengerah segala usaha dan tenaga dalam memajukan pelbagai sektor yang membawa kepada kemajuan negara. Bila kita bercakap berkenaan dengan kerja maka Islam menggalakkan umatnya bekerja dengan mengikut lunas yang telah disyariatkan antaranya mestilah kerja itu adalah halal bukannya terlibat dengan perniagaan haram seperti arak, judi, riba dan sebagainya. Islam tidak melarang umatnya daripada bekerja dan mencari harta kekayaan asalkan menjaga batas syarak seperti menutup aurat, menjaga pergaulan antara pekerja lelaki dan perempuan, amanah dalam melaksanakan tugasan dengan menjauhi pecah amanah, rasuah dan sebagainya. Kita tidak mahu umat Islam terkena racun yang disuntik oleh jarum yahudi yang menggalakkan pergaulan bebas antara pekerja yang menyebabkan berlakunya gangguan seks di tempat kerja. Islam juga mewajibkan manusia menjaga hak masing-masing samada hak majikan atau pekerja bawahan. Manusia mempunyai perasaan bukannya mesin yang boleh dilakukan sesuka hati sebagaimana ajaran kapitalisme yang menganggap pekerja adalah hamba majikan yang diikat dengan perjanjian sehingga masih ramai pekerja walau pun siang malam bekerja tetapi gaji yang diterima masih di bawah tahap kemiskinan sedangkan keuntungan yang dikaut oleh majikan begitu tinggi. Islam turut mengingatkan umatnya bahawa dalam mencari rezeki jangan melalaikan kita daripada mengingati Allah dan menambah bekalan akhirat kita. Jangan asyik mengejar dunia sehingga akhirat kita entah ke mana. Ingatlah suatu pesan nabi

قال الرسول e : لَوْ كَانَ ِلابْنِ آدَمَ وَادِيَانِ مِنْ مَالٍ لاَ بْتَغَى ثَاِلثًا وَلاَ يَمْلأُ جَوْفَ ابْنِ آدَمَ إِلا َّالتُّرَابُ وَ يَتُوْبُ اللهِ عَلَى مَنْ تَابَ

Maksudnya : Seandainya anak Sdam mempunyai 2 lembah harta tentu dia masih menginginkan lembah harta yang ketiga. Sedangkan yang sebenar memenuhi perut anak Adam hanyalah tanah-tanah kuburnya dan Allah tetap menerima taubat orang yang ingin bertaubat – HR imam Bukhari dan Muslim

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 14 surah Luqman :

وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَىٰ وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ

Maksudnya : Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)

Bulan Mei juga disambut Hari Ibu walau pun ia merupakan amalan masyarakat barat yang semakin hilang perasaan hormat dan kasih pada ibu sehingga ramai ibu yang lebih rapat dengan kucing atau anjing belaan daripada anak-anak sendiri. Tidak salah untuk kita turut merai Hari Ibu asalkan jangan pada hari yang lain kita terus mengabaikan kebajikan terhadap ibu kita. Betapa ramai umat Islam sendiri pada hari ini yang kurang memberi perhatian sewajarnya terhadap ibu sedangkan ibu inilah yang berpenat lelah mengandung kita dalam kandungan selama 9 bulan seterusnya menyabung nyawa ketika melahirkan kita. Sikap mengejar kebendaan antara penyakit utama yang menyebabkan ramai ibu yang dipinggirkan. Sibuk dengan kerja, tidak ada masa luang dan pelbagai lagi alasan diberikan apabila ditanya berkenaan dengan kebajikan ibu. Ada yang rasa sudah cukup sekadar menghulurkan wang bulanan atau menyerahkan ibu untuk dijaga di rumah orang-orang tua. Apa yang malang apabila anak-anak ini tanpa rasa bersalah mengungkitkan segala pemberian mereka kepada ibu sedangkan mereka wajib sedar bahawa harga setitik air susu ibu tidak mampu dibayar dengan harta benda dunia. Ajaran yang diterima daripada kecil turut memberi kesan terhadap rasa tanggungjawab seorang anak terhadap ibunya. Jika pemikiran anak-anak tertanam bahawa wang adalah segalanya maka bagi mereka cukup sekadar wang sebagai tanda kasih pada ibu tanpa perlu lagi kepada perhatian dan kasih sayang. Betapa ramai ibu yang sanggup mati demi memastikan anaknya terus hidup sedangkan betapa ramai anak yang menginginkan ibunya lekas mati supaya tidak lagi menjadi bebanan hidupnya. Ingatlah Islam meletakkan ibu di tempat yang mulia. Keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu, kemurkaan Allah terletak kepada kemurkaan ibu

عَنْ جَاهِمَة السُّلَمِيِّ جَاءَ إِلىَ رَسُوْلِ اللهِ e فَقَالَ : يَا رَسُوْلَ اللهِ أَرَدْتُ الغَزْوَ وَجِئْتُكَ أَسْتَشِيْرُكَ فَقَالَ : هَلْ لَكَ مِنْ أُمٍّ, قَالَ: نَعَمْ, فَقَالَ : الزَمْهَا فَإِنَّ الجَنَّةَ عِنْدَ رِجْلَيْهَا

Maksudnya : Daripada Jahimah al-Sulami bahawa dia datang menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata : Wahai Rasulullah! Aku ingin berperang, dan aku datang untuk berbincang. Rasulullah bertanya : Adakah engkau mempunyai ibu?. Dia menjawab : Ya!. Rasulullah bersabda : Dampingilah dia sesungguhnya syurga terletak di kedua kaki ibu – HR al-Hakim

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 79 – 80 surah al-Qosas :

فَخَرَجَ عَلَىٰ قَوْمِهِ فِي زِينَتِهِ ۖ قَالَ الَّذِينَ يُرِيدُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا يَا لَيْتَ لَنَا مِثْلَ مَا أُوتِيَ قَارُونُ إِنَّهُ لَذُو حَظٍّ عَظِيمٍ وَقَالَ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ وَيْلَكُمْ ثَوَابُ اللَّهِ خَيْرٌ لِمَنْ آمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا وَلَا يُلَقَّاهَا إِلَّا الصَّابِرُونَ

Maksudnya : Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan memakai perhiasannya. (Pada saat itu) berkatalah orang-orang yang semata-mata inginkan kesenangan kehidupan dunia: “Alangkah baiknya kalau kita ada kekayaan seperti yang didapati oleh Qarun! Sesungguhnya dia adalah seorang yang bernasib baik”. Dan berkata pula orang-orang yang diberi ilmu (di antara mereka): “Janganlah kamu berkata demikian, pahala daripada Allah lebih baik bagi orang yang beriman dan beramal soleh; dan tidak akan dapat menerima (pahala yang demikian) itu melainkan orang-orang yang sabar


Setiap 16 Mei disambut Hari Guru bagi mengenang jasa guru yang melahirkan manusia berjasa termasuk pemimpin negara. Pada hari ini kita bercakap berkenaan penderhakaan terhadap guru yang begitu ketara sehingga diperkatakan sekarang berkaitan mahu mengembalikan hukuman rotan di sekolah serta hukuman berat kepada Mat Rempit yang kebenyakannya remaja. Antara puncanya ialah dasar pendidikan negara yang lebih cenderung kepada pendidikan sains dan teknologi sesuai dengan peredaran zaman tanpa memberi penekanan kepada pendidikan agama sebagai perisai konkrit untuk berdepan dengan cabaran semasa. Tanpa didikan agama, manusia seolah-olah tidak memilikii matlamat hidup yang jelas dan tidak berasa takut untuk melakukan sesuatu perkara biarpun bercanggah dengan agama. Indeks gejala sosial semakin melonjak adalah disebabkan institusi keluarga yang pincang, cetek pendidikan agama, pembangunan tidak seimbang, pengaruh media massa dan rakan sebaya. Kita hidup dalam zaman fitnah di mana harta dipuja agama dihina, dunia dikejar akhirat ditinggal. Manusia lebih hormat kepada sesiapa yang mampu memberikannya kesenangan dunia daripada sayang kepada ulama’ yang menunjukkan jalan yang betul dalam mengurus dunia berasaskan agama serta bagaimana cara untuk meraih kebahagiaan yang kekal di akhirat nanti.

Firman Allah dalam ayat 9 surah al-Munafiqun:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ ۚ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْن

sumber

http://ekhutbah.wordpress.com

May 6, 2010

Islamnya Umar


Umar r.a.hu selepas ia memeluk agama Islam, menjadi kebanggaan orang-orang Islam dan musuh ketat kafir-kafir musyrikin tetapi sebelum itu dia menentang Nabi Muhammad s.a.w. dan mengganggu orang-orang yang menganuti Islam. Dalam suatu mesyuarat orang-orang Quraish, pada suatu hari mereka telah memutuskan hendak meminta salah seorang daripada mereka supaya membunuh Nabi Muhammad s.a.w.
Umar telah tampil kehadapan sebagai sukarelawan yang ingin mengusahakan pembunuhan itu. Tiap-tiap Quraish yang menghadiri mesyuarat itu berkata serentak"Ya, engkaulah yang dapat melakukannya,Umar!"
Dengan pedang yang bergantungan dilehernya, Umar pun mengarahkan langkah menuju ketempat kediamanNabi Muhammad s.a.w. Dalam perjalanannya ia telah menemui Saad bin Abi Waqqas. Saad berkata: "Kemana kau, Umar?"Umar menjawab: "Aku hendak pergi menamatkan riwayat hidup Nabi Muhammad " Saad: "Kalau begitu Banu Hashim, Banu Zuhrah dan Banu Abdi Manaf akan membunuh kamu sebagai tindakan balas."Umar(gelisah dengan amaran itu) berkata: "Nampaknya kau juga telah meninggalkan agama nenek moyang kau. Biar aku kerjakan kau dahulu."
Umar dengan serta merta menghunus pedangnya. Sambil mengistiharkan pengislamannya Saad juga berbuat demikian. Sebelum bertarung dengan Umar sempat juga berkata:"Lebih baik kau menguruskan rumahtangga kau dahulu. Saudara perempuan kau dan iparkau, kedua-duanya telah memeluk agama Islam"
Kemarahan Umar ketika mendapat cerita itu tak dapat diceritakan lagi. meninggalkan Saad, dia menggerakkan langkahnya kearah rumah saudara perempuannya. Setibanya dirumah itu dia dapati rumah itu telah berkunci dari dalam. Sambil mengetuk-ngetuk pintu itu dia menjerit dengan sekuat tenaga kepada saudaranya supaya pintu itu dibuka. Mendengar suara Umar, Khabbab telah lari bersembunyi meninggalkan masyaf-masyaf Quran yang sedang mereka baca. Apabila pintu dibuka Umar dengan cepat menempeleng saudaranya sambil berkata:"Hai pengkhianat dirimu sendiri, engkau juga telah meninggalkan agamamu."
Tanpa menghiraukan kepala saudaranya yang berdarah, dia masuk kedalam sambil bertanya: "Apakah kelian sedang buat tadi dan siapa dia orang yang suaranya aku dengar dari luar?" Iparnya menjawab:"Kami hanya berbual-bual." Umar bertanya kepada iparnya "Adakah kamu juga telah meninggalkan agama nenek moyang kamu dan memeluk agama baru?" Ipar Umar menjawab:" Bagaimana pula agama baru itu lebih baik dari agama kita yang lama itu?" Jawapan itu menyebabkan Umar memukul dengan kejam dan menarik-narik janggutnya. Saudaranya yang datang hendak melerai mereka juga dipukul sehingga mukanya berlumuran dengan darah. Sambil menangis saudara perempuannya berkata:"Umar! kami dipukul hanya kerana kami memeluk agama Islam. Kami berazam hendak mati sebagai orang-orang Islam Kau bebas melakukan apa saja yang kau suka atas diri kami."
Apabila hatinya sejuk sedikit dia berasa malu atas perbuatannya terhadap saudara perempuannya itu. Tiba-tiba ia terpandang akan masyaf-masyaf yang ditinggalkan oleh Khabbab tadi. Katanya:"Baiklah, tunjukkan masyaf-masyaf ini." "Tidak," kata saudaranya.: "Badan kau tak bersih dan orang yang tak bersih tak seharusnya memegang masyaf-masyaf ini." Umar akhirnya membersihkan badannya dan mula membca masyaf-masyaf tadi. Surah yang dibacanya ialah SURAH TAHA.Dia membaca dari permulaan surah itu.Seluruh sikap dan pandangannya berubah apabila ia sampai ke ayat yang bermaksud:
"Akulah Allah. Tidak ada Tuhan melainkan Aku. Oleh itu sembahlah Aku dan dirikanlah sembahyang buat mengingati Aku."
Kata Umar: "Baiklah, bawa aku bertemu dengan Muhammad "
Mendengar kata-kata Umar itu Khabbab pun keluarlah dari tempat persembunyiannya sambil berkata:"Ya Umar, ada berita baik untuk kamu. semalam (iaitu malam Juma'at)Nabi Muhammad s.a.w. telah berdoa kepada Allah s.w.t..: "Ya Allah, kuatkanlah Islam dengan Umar atau Abu Jahal, siapa yang Engkau suka.".Nampaknya Allah s.w.t. telah memilih engkau sebagai menunaikan permintaan Nabi Muhammad s.a.w.
Umar telah menemui Nabi Muhammad s.a.w. dan pada pagi Juma'at dia telah memeluk agama Islam Pengislaman Umar merupakan merupakan suatu pukulan yang hebat kepada puak musyrikin. Sungguh pun begitu bilangan orang Islam terlalu kecil kalau dibandingkan dengan bilangan puak musuh. Kafir-kafir musyrikin telah memperhebatkan usaha-usaha mereka untuk menghapuskan orang-orang Islam serta agama mereka. Dengan Islamnya Umar, kaum Muslimin telah bertambah berani dan sekarang mereka mendirikan sembahyang di Baitul Haram. Kata Abdullah bin Masud: "Pengislaman Umar merupakan suatu kejayaan besar kepada kaum Muslimin, perpindahannya menguatkan kami dan perlantikannya sebagai Khalifah merupakan suatu keberkatan kepada kami.:"